Saturday 20 August 2011

Keharusan dan Larangan Berhutang Dalam Islam - Pengenalan




Terdapat 3 kunci perkataan yang penting di dalam tajuk di atas, iaitu Harus, Larang dan Hutang. Ketiga-tiga kata kunci ini perlu dilihat dari sudut pandangan Islam dan aplikasi kehidupan.
Harus atau juga dikenali sebagai Mubah adalah salah satu daripada hukum Islam.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas, memberikan definasi Harus adalah perkara yang tiada dosa jika ditinggalkan dan tiada pahala jika dilakukan. Seperti: Makan, minum, bersiar-siar dan sebagainya.
Namun perkara-perkara harus juga boleh menjadi sunat dan mendapat ganjaran pahala sekiranya perkara-perkara harus itu diniatkan dan disempurnakan dengan baik kerana Allah Taala. Misalnya, seseorang yang membaca doa sebelum dan sesudah makan dan minum serta berniat untuk mengharapkan makanan yang dimakannya itu dapat memberi faedah kepadanya dan memakan dengan cermat dan tidak bergopoh-gapah sudah tentu orang itu mendapat pahala sunat kerana berdoa adalah perkara sunat dan memakan dengan baik adalah cara makan Rasulullah.
Perkara Harus juga boleh menjadi haram atau makruh sekiranya melakukan tanpa etika sebagai seorang Islam yang baik misalnya, orang Islam yang memakan atau minum secara berlebih-lebihan serta gelojoh adalah perbuatan yang tidak baik serta boleh jatuh haram sekiranya makan dengan makanan dari sumber yang haram ataupun makan sehingga boleh membahayakan kesihatan dirinya.

Larang  di dalam pandangan Islam adalah juga difaham sebagai Haram. Haram adalah juga salah satu daripada hukum Islam.


Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Haram adalah sesuatu perkara yang dilarang dan berdosa sekiranya dilakukan dan mendapat pahala sekiranya ditinggalkan.Sebagai contoh sihirzina, menfitnah, makan harta anak yatim, mencuri atau meminum sesuatu yang memabukkan.Perbuatan Haram boleh membawa seseorang itu ke neraka.

Berhutang datang dari perkataan “Hutang” yang mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka  (Edisi ke Empat) membawa maksud:

“1. wang dll yg dipinjam drpd orang lain: jangan-jangan ~ itu tak terbayar lagi; belian (jualan) ~ belian (jualan) yg bayar­annya ditangguhkan; membayar ~ me­ngembalikan wang dll yg dipinjam dr orang lain; memberi ~ memberi pinjaman wang; menagih ~ memungut (menuntut kembali) wang yg dipinjamkan; mendapat ~ mendapat pinjaman wang;

2. kewajiban (perasaan ber­kewajiban) membayar balik sesuatu yg dite­rima; ~ bercagar hutang yg diberikan dgn si berhutang mencagarkan sesuatu (spt barang-barang kemas, rumah, tanah, dsb); ~ budi kebaikan yg diperoleh dan yg harus dibalas; ~ darah tuntutan bela (atau bayaran) terhadap seseorang (pihak dll) yg telah melakukan kekejaman dll; ~ lapuk hutang yg tidak berbayar; ~ piutang (wang) yg dipinjam dr dan yg dipinjamkan kpd orang lain, berbagai-bagai hutang; ~ (di) sekeliling pinggang terlalu banyak hutang; surat ~ surat peng­akuan hutang; ~ biduk belum langsai, ~ pengayuh tiba pula = ~ samir belum langsai, ~ kajang datang pula = ~ tembilang belum langsai, ~ tajak tiba pula prb hutang yg lama masih belum habis dibayar datang pula orang menagih hutang yg baru; ~ sebelit (selilit) pinggang = ~ tiap helai bulu = sebanyak ~ si Jibun prb seseorang yg sangat banyak hutangnya; berhutang mempunyai hutang (kpd), me­minjam wang dll drpd seseorang: ia pernah ~ pd ceti; si ~ orang yg berhutang; tempat ~ orang dll yg memberi hutang; ~ berbaris bp berhutang banyak-banyak (drpd berbagai-bagai punca); ~ budi menerima kebaikan orang lain (wajib membalas kebaikan orang); ~ nyawa terselamat hidupnya (ter­selamat oleh pertolongan orang); menghutangkan, memperhutangkan me­min­jamkan wang atau benda kpd seseorang; terhutang 1. sudah berhutang; 2. ~ budi sudah menerima kebaikan orang (tetapi belum berbalas); hutangan Id wang (benda) yg didapati kerana berhutang; orang ~ Id ark orang yg berhutang; perhutangan perihal hutang-berhutang; orang ~ Id ark orang yg memberi hutang (peminta, pemungut, atau penagih hutang); penghutang orang atau pihak yg berhutang, peminjam wang: cagaran merupakan jamin­an utk pemiutang jika ~ tidak memenuhi kewajiban atau gagal membayar kembali pinjamannya.”

‘Hutang’ dari sudut syarak menurut takrifan Al-Qadhi Ibn ‘Arabi Iaitu urusan pemindahan (pertukaran) hak milik (secara jual beli atau seumpama dengannya), yang mana salah satu pihak secara tunai manakala pihak kedua secara tangguh di atas tanggungannya (dengan masa yang ditetapkan atau tidak).”

Jadi di dalam topik ini kita akan menyentuh dua perkara besar yang diletakkan dalam HUKUM ISLAM iaitu Hukum Harus dan Hukum Haram.
Sebelum kita pergi lebih jauh dengan topik ini, suka di masukkan pandangan di bawah yang dipetik dari sebuah artikel

Hutang Piutang Menurut Ajaran Islam – Definisi, Pengertian, Hukum, Rukun & Manfaat Dari Hutang Piutang – Pendidikan Agama Islam


Wed, 21/06/2006 – 4:32pm — godam64

Definisi dan Arti : Hutang Piutang adalah memberikan sesuatu yang menjadi hak milik pemberi pinjaman kepada peminjam dengan pengembalian di kemudian hari sesuai perjanjian dengan jumlah yang sama. Jika peminjam diberi pinjaman Rp. 1.000.000 maka di masa depan si peminjam akan mengembalikan uang sejumlah satu juta juga. Contoh hutang piutang modern yaitu kredit candak kulak, perum pegadaian, kpr BTN, Kredit investasi kecil / KIK, kredit modal kerja permanen / KMKP, dan lain sebagainya.

Hukum hutang piutang bersifat fleksibel tergantung situasi kondisi dan toleransi. Pada umumnya pinjam-meminjam hukumnya sunah / sunat bila dalam keadaan normal. Hukumnya haram jika meminjamkan uang untuk membeli narkoba, berbuat kejahatan, menyewa pelacur, dan lain sebagainya. Hukumnya wajib jika memberikan kepada orang yang sangat membutuhkan seperti tetangga yang anaknya sedang sakit keras dan membutuhkan uang untuk menebus resep obat yang diberikan oleh dokter.

Dalam Hutang Piutang Harus Sesuai Rukun yang Ada :
- Ada yang berhutang / peminjam / piutang / debitor
- Ada yang memberi hutang / kreditor
- Ada ucapan kesepakatan atau ijab qabul / qobul
- Ada barang atau uang yang akan dihutangkan

Hutang piutang dapat memberikan banyak manfaat / syafaat kepada kedua belah pihak. Hutang piutang merupakan perbuatan saling tolong menolong antara umat manusia yang sangat dianjurkan oleh Allah SWT selama tolong-menolong dalam kebajikan. Hutang piutang dapat mengurangi kesulitan orang lain yang sedang dirudung masalah serta dapat memperkuat tali persaudaraan kedua belah pihak.

Artikel di atas  menyatakan berhutang adalah perbuatan yang boleh di kategorikan dalam berbagai kategori hukum Islam mengikut keadaan iaitu boleh Sunat, boleh Haram dan boleh Wajib.

No comments:

Post a Comment