Saturday 20 August 2011

I. Berhutang Kebiasaan dalam Mampu

1) Pinjaman Perumahan
2) Pinjaman “Hire Purchase”
3) Pinjaman Perniagaan
4) Pinjaman Pendidikan
5) Pinjaman Pelaburan

Mengikut Queqly, pada masa sekarang kita berada di Tahap Ke 3 dalam Kitaran Tamaddun iaitu Tahap Konflik (Age of Conflict). Pada tahap krisis perang ini kita sedang membangun dengan pembangunan baru dan kuasa besar akan cuba menguasai dunia samada dari segi Ekonomi, Politik mahupun Ketenteraan iaitu kearah pembentukan Empayar Sejagat.

Arus pembangunan yang pesat terutamanya dari perkembangan ilmu sains dan teknologi dari barat ini juga dirasai di Negara sebelah Asia Tenggara seperti Malaysia .Peningkatan para intelektual pada masa kini merupakan akibat dari perkembangan tamaddun yang berlaku yang seterusnya akan membawa kepada peningkatan taraf hidup.

Dari aspek fenomeno ini, banyak institusi kewangan berlesen seperti institusi perbankan mengambil kesempatan untuk memperbagaikan produk kewangan bagi memperolehi keuntungan perniagaan jangka panjang yang maksima. Kajian-demi kajian dilakukan dan salah satu cara memastikan keuntungan jangka panjang dapat dicapai, sistem kredit (memberi hutang) perlu diperbagaikan dan dipermudahkan. Tambahan lagi persaingan institusi kewangan juga adalah tinggi. “The faster the money change hand, the faster the economy grow”.

Kita “pelanggan” dengan kemudahan yang tersedia, akan berhutang dalam kemampuan untuk memastikan kita memperolehi kemudahan-kemudahan bagi memenuhi keperluan taraf hidup yang telah meningkat.
Berhutang di dalam situasi ini boleh dipanggil Berhutang Kebiasaan dalam Mampu, dimana majoriti masyarakat akan berhutang untuk memiliki rumah kediaman dan kenderaan. Juga para perniaga digalakkan untuk berhutang bagi tujuan berniaga. Bagi tujuan pembangunan ilmu, pinjaman pendidikan juga diperkenalkan dalam memastikan kesemua generasi muda mempunyai peluang yang sama dalam mengikuti pendidikan tanpa mengira latarbelakang keluarga.

Dalam situasi pemilikan rumah dan kenderaan, berhutang itu sudah menjadi Harus hukumnya.malah jika dilihat dari pihak institusi kewangan dan Negara, ia mungkin boleh di kategorikan sebagai Wajib hukumnya.
Tetapi jika diperhati pula dalam situasi individu yang dibebani hutang, dengan komitmen yang tinggi……..adakah ia akan menyebabkan Berhutang ini bertukar menjadi Haram Hukumnya?

Hukum hutang adalah terlalu fleksibel sehingga dalam satu keadaan yang sama ia boleh berubah dari Harus, kemudian menjadi Wajib dan seterusnya mungkin boleh berubah kepada Haram.
Siapa yang menentukannya???


No comments:

Post a Comment