Saturday 20 August 2011

III. Berhutang kerana Terdesak


1) Keluarga
2) Kawan-kawan
3) Along

Berhutang kerana terdesak adalah satu fenomena klasik yang wujud sejak dari dahulu lagi. Biasanya keadaan ini berlaku disebabkan desakan kehidupan seperti kesempitan wang, kekurangan makanan, kecemasan dan banyak lagi.

Biasanya keperluan berhutang ini perlu dilakukan dengan kadar segera atau secepat mungkin, kerana keadaan yang terdesak terebut. Untuk membuat pinjaman kepada institusi kewangan berlesen biasanya akan menyulitkan dan mengambil masa.

Untuk tujuan berhutang dengan cara ini, kita akan merujuk kepada sumber yang paling hampir dan mudah dengan kita iaitu seperti kaum Keluarga, Sahabat handai dan lagi sedih ada yang sanggup menggunakan khidmat Along.

Apakah Hukumnya berhutang pada keadaan ini? Hukumnya masih sama iaitu Harus jika tujuannya untuk kebaikan seperti untuk membeli makanan atau ubat-ubatan dan haram hukumnya jika bertujuan untuk keburukan seperti berjudi, melanggan pelacur, membeli dadah dan sebagainya.

Corak berhutang kepada keluarga terdekat termasuk ibu bapa dan adik beradik di samping sahabat-handai telah berlaku secara meluas dalam masyarakat kita.
Sebanyak 39 peratus daripada responden tinjauan mereka pernah mendapatkan pinjaman tidak formal. Antara sumber utama pinjaman tidak formal ini adalah ibu bapa mereka sendiri!

"Sebanyak 34 peratus meminjam daripada ibu bapa. Sepatutnya mereka bagi duit kepada ibu bapa. Sebanyak 27 peratus lagi meminjam daripada adik beradik.
Jika komitmen membayar pinjaman formal sekitar 84 peratus, peratus yang lebih rendah iaitu hanya 58 peratus direkod untuk pinjaman tidak formal ini.

Contoh dua rencana di bawah pula menunjukkan salah satu faktor betapa mudahnya mendapatkan perkhidmatan pinjaman yang seterusnya menggalakkan budaya berhutang di kalangan masyarakat negara ini.

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- "MASALAH KEWANGAN!!" Pembiayaan sehingga RM50,000. Blacklist layak memohon, bayaran yang fleksibel, faedah yang rendah, tanpa penjamin. Dapatkan wang tunai dengan serta-merta.

"PROMOSI HEBAT PINJAMAN PERIBADI mudah diluluskan dalam masa 30 min. $ Faedah yang rendah, $ Tiada caj bulanan yang terlindung! $ Tiada penjamin $ Cepat dan selamat dan pelbagai lagi kata-kata pancingan.Ini adalah antara ungkapan kata-kata menghias risalah bertujuan untuk mengumpan pelbagai tawaran pinjaman peribadi.

Tidak cukup ditinggalkan di wiper kereta, ditampal di peti-peti surat atau di tiang-tiang tepi jalan, ada juga yang diedarkan secara terus kepada yang lalu lalang.

No comments:

Post a Comment