Sunday 21 August 2011

Dapatkan slides persembahan mengenai Hutang

Sila dapatkan slide persembahan disini:
Klik di sini untuk memuat turun persembahan

Koleksi Ceramah Mengenai Hutang - Dato' Dr Fadzilah Kamsah

Motivasi Dato' Dr Fadzilah Kamsah perihal hutang, cara mengatasi dan doa2: 










Perbincangan - Pinjaman untuk Membeli Emas

Pinjaman untuk Membeli Emas

Pinjaman juga adalah Berhutang. Jika berhutang itu sudah diketahaui harus hukumnya jika tujuannya kebaikan dan haram jika tujuannya keburukan.
Dari definasi di atas jelas bahawa hukum dalam berhutang secara dasarnya adalah berasaskan niat seseorang untuk berhutang.

Emas

Emas adalah barang Ribawi seperti banyak diterangkan dalam hadis-hadis sahih seperti Riba yang diterangkan melalui hadis dari Ubadah b Samit berikut:

"Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, kurma dengan kurma, garam dengan garam (ditukarkan) sesama jenis, pada kadar yang sama, secara tunai (spot), sekiranya berlainan jenis, maka jual belilah sesuka hatimu selama mana ia adalah pertukaran tunai.” - (Muslim, Abu Daud, al-Nasai, dan Ahmad)"

Hadis ini memberitahu kita ada 6 jenis barang ribawi iaitu emas, perak, gandum, barli, kurma dan garam. Maka, pertukaran barang yang sama jenis perlu berlaku secara tunai dan sama nilai. Contohnya, emas 10 gram mesti ditukarkan dengan emas 10 gram juga. Gandum 10 kg mesti ditukarkan dengan gandum 10 kg juga.

Seterusnya Ulama menerusi kaedah qiyas telah menyatakan Illah Bagi Emas , Perak adalah matawang dan 4 jenis barang yang lain adalah makanan rugi.

Qiyas merupakan kaedah mengeluarkan hukum selepas sumber al-Quran, hadis, dan kata sepakat para ulama (ijma’). Kaedah ini memerlukan ulama mencari sebab atau ‘illah kenapa sesuatu perkara itu haram berdasarkan sumber al-Quran dan hadis.

Berdasarkan kaedah ini apa-apa perkara baru yang tidak disebut dalam al-Quran dan hadis yang dikenalpasti mempunyai sebab yang sama dengan hukum asal yang disebut dalam salah satu dari dua sumber tersebut, maka hukum asal itu terpakai untuk perkara baru itu tadi.
Ini bermaksud menggunakan analogi dari hukum asal diaplikasikan dalam situasi yang baru. Kita ambil contoh qiyas dalam pengharaman arak. Ulama menyatakan sebab arak itu haram adalah kerana arak memabukkan. Maka, apa-apa minuman yang memabukkan adalah haram.

Maka air tuak misalnya menjadi haram sekiranya air tuak itu memabukkan walaupun ia tidak dinamakan sebagai arak.

Seterusnya jual beli dan pertukaran barang ribawi yang berbeza jenis walaupun illahnya sama perlu berlaku secara tunai tetapi tiada syarat nilai juga mesti sama. Maka penjualan 10kg gandum dapat berlaku dengan 11kg barli dengan syarat mesti berlaku secara tunai.

Dalam hadis yang lain pula dari Abu Sai’d al-Khudri pula menyatakan:

"Jangan kamu menjual emas dengan emas melainkan sama berat dan jangan dijual secara hutang melainkan mesti berlaku secara tunai." - (Bukhari)

Maka walaupun emas dan perak mempunyai ‘illah yang sama iaitu matawang tetapi emas dan perak dua barang ribawi yang berlainan jenis. Maka 10g emas dapat ditukarkan dengan 25g perak asalkan urusniaga ini berlaku secara tunai.

Pinjaman untuk Membeli Emas
1) Untuk Perhiasan
2) Untuk Pelaburan
3) Untuk Perniagaan

1. Untuk Perhiasan

Untuk perhiasan, pinjaman tersebut adalah haram kerana emas tersebut akan menjadi Harta seseorang individu.

Jelas bahawa tujuannya bukanlah untuk kebaikan atau kebajikan, tetapi untuk mengumpul harta. Islam mengharamkan hutang dengan tujuan sedemikian.

2. Untuk pelaburan

Harga
Graf perubahan harga emas (LIVE) dalam tempoh masa 30 hari (untuk maklumat lebih lanjut, sila lawat http://www.goldprice.org)

Perubahan harga emas retail di Malaysia. Source: FGJAM (sila scroll ke bawah untuk harga terbaru)


Update: 20.1.2011 harga emas FGJAM kekal sama seperti diatas
999 Gold : RM160.00/gm
916 Gold : RM151.00/gm
835 Gold : RM138.00/gm
750 Gold : RM125.00/gm
375 Gold : RM67.00/gm
Last updated on 28 Jan 2011.

Update: Mac 2011
999 Gold : RM166.00/gm
916 Gold : RM157.00/gm
835 Gold : RM144.00/gm
750 Gold : RM131.00/gm
375 Gold : RM71.00/gm


Update: 20 April 2011
999 Gold : RM172.00/gm
916 Gold : RM162.00/gm
835 Gold : RM150.00/gm
750 Gold : RM136.00/gm
375 Gold : RM77.00/gm
Latest Update (2 June 2011)
999 Gold : RM177.00/gm
916 Gold : RM167.00/gm
835 Gold : RM153.00/gm
750 Gold : RM138.00/gm
375 Gold : RM75.00/gm

Membeli pada Jan 2011
1000gram dengan harga RM151.00/gm                    =          RM151,000.00

Dijual pada Jun 2011
1000gram dnegan harga RM167.00/gm                    =          RM167,000.00
                                               
                                                  Lebihan / Keuntungan   =          RM16,000.00

Belian pada Jan 2011 dan jualan pada June 2011 (6 bulan) 

Beli Gram
10000
(RM1,510,000)
100,000
(RM151,000,000)
1,000,000
(RM151,000,000)
Jual
Gram
10000
(RM1,670,000)
100,000
(RM167,000,000)
10000
(RM167,000,000)
Untung
RM160,000
RM1,600,000
RM160,000,000








Apakah kesannya?

Dari pandangan Islam?

Pelaburan

Pada dasarnya berhutang untuk pelaburan adalah Harus seperti yang ditetapkan oleh fatwa sebagaimana untuk pinjaman ASB dan pinjaman pelaburan yang lain yang menetapi hukum syarak.

عن بن عمر قال ثم كنت أبيع الإبل بالبقيع فأبيع بالدنانير وآخذ الدراهم فأتيت النبي صلى الله عليه وسلم في بيت حفصة فقلت يا رسول الله إني أريد أن أسألك إني أبيع الإبل بالبقيع فأبيع بالدنانير وآخذ الدراهم قال لا بأس أن تأخذها بسعر يومها ما لم تفترقا وبينكما شيء

Dari Ibn Umar, katanya, aku datang kepada Nabi s.a.w, di rumah Hafsah, lalu aku mengatakan: aku berjual beli unta di Baqic, aku jual dengan dinar dan aku beli dengan dirham dan aku beli dengan dinar . kata Rasulullah s.a.w, tidak mengapa jika kamu mengambil mengikut nilai hari itu selama kamu berdua tidak berpisah dan ada sesuatu yang dijual belikan.

Hujah mereka tersebut dapat dipahami bahwa perdagangan dinar dengan dirham sah apabila dilakukan dengan serah terima barang (taqābud) dengan harga pada hari itu (tunai). Berarti hadis ini menunjukkan boleh menjual emas dengan perak yang berada dalam tanggungan orang yang berhutang (al-madīn) dengan syarat berlaku serah terima (qabid) kepada orang yang berhutang itu sendiri. Karena itu yang menjadi penghalang sahnya jual hutang dengan hutang adalah karena tidak ada upaya penyerahan. Sementara itu Ibn Hazm menjelaskan jual beli hutang termasuk gharar karena menjual barang majhul yang tidak diketahui cayn (sifat barang), dan ini dinamakan memakan harta secara batil. Alasan yang dikemukakan adalah bahwa hutang itu ghaib semasa aqad atau kontrak berlangsung.

Wallahualam.

Keburukannya – Kapitalisme berleluasa. Orang kaya akan semakin kaya dan yang miskin akan semakin miskin. “ Economy Share “ tidak teragih secara sama rata. Kesan jangka pendek mewujudkan jurang ekonomi yang terlalu besar. Kesan jangka panjang , biasanya golongan miskin akan meningkat dan menjadi majority populasi. Ini seterusnya akan menyebabkan ketidakpuasan hati. Yang kaya akan mempertahankan harta mereka yang lazimnya akan membawa kepada kekejaman. Seperti yang berlaku dalam tamadun-tamadun besar dunia. Akhirnya akan berlaku rusuhan dan peperangan.

3. Untuk Perniagaan

Dengan anggapan Emas dibeli dengan satu tujuan sahaja iaitu untuk perniagaan semata-mata. Seperti pengoperasian kedai emas contoh Habib Jewel, K.M Oli Mohamed dan banyak lagi.

Perniagaan ini menghasilakn perhiasan diri dari emas dan dijual kepada pengguna mengikut aturcara perniagaan sebenar iaitu ada tawar menawar dan ada penglibatan untung rugi yang jelas. Juga melibatkan usaha pembuatan iaitu untuk menghasilakan hasil rekaan terbaik dan sebagainya.

Seperti yang telah diperjelaskan lebih awal, Berhutang untuk perniagaan adalah harus dalam Islam.

ANGGAPAN

Tugasan ini dibuat berdasarkan beberapa anggapan:

1) Institusi yang memberi Hutang adalah mengikut tatacara hukum syarak yang ditetapkan
2) Tidak melibatkan RIBA
3) Sumber hutang adalah dari hasil yang halal

Saturday 20 August 2011

Keratan Akhbar mengenai Hutang








Mutiara Kata yang berhubungkait dengan Hutang

Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang menegaskan:
Sesungguhnya Allah SWT mengampunkan segala dosa orang yang mati syahid (di jalan Allah) kecuali (dosa yang melibatkan) hutang piutangnya”.


Walaupun hidup miskin tetapi terasa selesa..”“Walaupun berada ditempat yang sempit tetapi terasa luas..”Apakah rahsianya.. hati yang sentiasa ZIKRULLAH…

Firman Allah swt:

Sesungguhnya hanya dengan zikrullah hati menjadi tenang” (Surah Ar Rad; ayat 28)

  Ini adalah jaminan yang diberi oleh Allah SWT dan tidak mungkin DIA memungkiri janji…

Pandangan IKIM mengenai Berhutang

AGAK mengejutkan apabila Jabatan Insolvensi Malaysia melaporkan seramai 1,086 penjawat awam diisytiharkan bankrap pada 2009. Mengapa berlaku? Apakah disebabkan pendapatan bulanan tidak mampu memenuhi keperluan hidup mereka?

Atau apakah disebabkan sikap individu yang tidak cukup dengan apa yang dimiliki sehingga sanggup membuat pinjaman di sana dan sini sekadar memenuhi kepuasan hidup? Pendedahan yang mengejutkan ini pastinya memberi imej yang buruk kepada kira-kira 1.2 juta penjawat awam negara ini.

Kita tidak boleh menuding jari kepada penjawat awam semata-mata dalam soal berhutang, kerana isu ini sudah menjadi gaya hidup masyarakat Islam hari ini yang kian meruncing. Sikap suka berhutang dalam kalangan masyarakat Islam semakin menjadi-jadi. Bukan sahaja institusi kewangan yang menjadi sasaran untuk berhutang, malah ada segelintir tanpa segan silu sanggup berhutang dengan adik beradik, jiran tetangga, rakan sekerja dan ada yang sanggup berhutang dengan majikan kerana hendak memenuhi kepuasan hidup atau sekadar suka-suka.

Persoalannya mengapa mesti berhutang? Antara faktor seseorang itu terjebak dalam hutang adalah disebabkan sikap dan keinginan untuk memenuhi kehendak dan hawa nafsu. Mereka sanggup berbuat apa sahaja untuk memiliki sesuatu yang tidak mampu ditunaikan kecuali dengan berhutang. Sikap tidak merasa puas dan cukup dengan apa yang dimiliki dan demi memenuhi kehendak, mereka sanggup berhutang untuk mendapatkan sesuatu benda material atau kebendaan dengan cepat dan pantas, walaupun hakikatnya tidak mampu berbuat demikian.

Di sini, sebenarnya perlu dilihat jika perkara yang ingin dimiliki itu bukan merupakan perkara asasi atau keperluan dalam kehidupan maka tidak perlulah berhutang, kerana hanya akan menambah bebanan lebih-lebih lagi jika melibatkan institusi kewangan dan perbankan yang mengamalkan sistem riba'.

Selain sikap, keistimewaan kemudahan pinjaman yang mudah disediakan oleh institusi kewangan dan perbankan turut menggalakkan individu ini terus berhutang. Cuba kita lihat syarat-syarat pinjaman peribadi di institusi-institusi kewangan. Sesetengah institusi kewangan hanya mensyaratkan satu hingga tiga bulan slip gaji tanpa perlu penjamin untuk permohonan mereka diproses. Malah tidak sampai seminggu proses kelulusan sudah boleh dapat. Begitu cepat sekali.

Kelonggaran pinjaman yang ditawarkan ini mendorong mereka membuat pinjaman walaupun perkara yang diingini itu bukan sesuatu yang mendesak tetapi cuma ingin mencuba atau sekadar suka-suka. Gara-gara berhutang boleh menyebabkan bebanan kewangan semakin bertambah, ini termasuk faedah yang dikenakan hampir dua atau tiga kali ganda jumlah hutang.

Akibat tidak tertanggung dek hutang yang semakin tinggi dan sukar membayar semula hutang terbabit, ia membawa pelbagai musibah seperti muflis atau bankrap.
Penyakit suka berhutang ini jika diamalkan akan mendatangkan kesan buruk kepada mereka seperti muflis disebabkan bebanan hutang yang tinggi dan gagal melunaskannya. Begitu juga dengan jiwa orang yang berhutang tidak akan tenteram dan aman. Perasaan gelisah mula menghantui dek kerana bebanan dan tuntutan hutang yang tinggi. Berkemungkinan juga mereka sanggup melakukan pelbagai perkara yang dilarang syarak seperti mencuri, merompak, merasuah dan sebagainya.

Turut sama dirasai akibat hutang ini adalah berlakunya tekanan emosi, kehilangan semangat untuk bekerja, menjejaskan prestasi kerja, kecelaruan fikiran, kehidupan keluarga yang tidak bahagia, dan tidak diampuni dosanya oleh Allah SWT. Ini selari dengan hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang menegaskan: “Sesungguhnya Allah SWT mengampunkan segala dosa orang yang mati syahid (di jalan Allah) kecuali (dosa yang melibatkan) hutang piutangnya”.

Hadis ini menegaskan kepada umat Islam kepentingan membayar semula hutang dan perkara tersebut tidak boleh dipandang ringan.

Begitu juga hubungan mesra sesama adik beradik, jiran, rakan sekerja dan majikan turut menjadi renggang, malah ada yang tidak bercakap antara satu sama lain akibat hutang yang belum dijelaskan mengikut tempoh perjanjiannya. Bagi menjamin hubungan mesra dan berbaik semula sesama mereka, adalah menjadi kewajipan dan tanggungjawab si penghutang untuk membayar semula apabila sampai tempoh perjanjiannya.

Jangan sekali-kali menangguhkan pembayaran hutang tersebut apabila mempunyai peluang untuk membayarnya kerana perbuatan tersebut digolongkan dalam perbuatan zalim dan dia berhak mendapat hukuman di atas perbuatannya itu.

Justeru, dalam mengelak amalan berhutang ini, saya syorkan masyarakat agar berbelanja secara berhemah bukan mengikut kehendak dan hawa nafsu semata-mata. Sikap berbelanja melebihi pendapatan perlu dielakkan agar gaji bulanan yang diterima dapat diagihkan dalam simpanan dan dibelanjakan dengan betul dan sempurna.

Begitu juga pihak yang memberi hutang terutama institusi kewangan, perlulah mengetatkan lagi kemudahan pinjaman terutama kemudahan pinjaman peribadi. Syarat yang longgar akan menggalakkan masyarakat untuk terus berhutang.

Selain itu, sebagai umat Islam kita juga berperanan untuk tahu akan pendirian Islam terhadap hutang, keadaan-keadaan yang dibenarkan berhutang, dan kewajipan dalam membayar hutang. Agama Islam mengharuskan seseorang itu berhutang khususnya dalam keadaan darurat atau ketika benar-benar terdesak, tetapi bukan untuk perkara tambahan dalam kehidupan seharian.

Sebagai kesimpulan, ditegaskan sekali lagi, apabila seseorang berhasrat untuk berhutang maka hendaklah ia berniat dalam hatinya untuk melangsaikan hutang tersebut mengikut tempoh yang ditetapkan. Kegagalan melunaskan hutang mengikut tempoh yang diberikan boleh dikategorikan mereka tidak amanah dan boleh tergolong dalam golongan munafik.

Islam bukan saja mewajibkan umatnya membayar hutang, malah menjanjikan bahawa kalau berhutang dengan niat untuk membayar, Allah SWT akan memudahkan rezeki orang itu agar dia dapat membayar hutangnya. Perkara ini dijelaskan dalam sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud: “Sesiapa yang berhutang dengan niat untuk membayar balik, Allah akan mempermudahkannya. Tetapi, jika sesiapa berhutang dengan niat menyeleweng, Allah akan musnahkan harta bendanya.”

Jika tidak mampu hendaklah menggunakan tenaga orang tengah menggesanya supaya si peminjam membayar hutang itu. Jika tidak mampu juga, yang terlibat boleh mengambil tindakan mahkamah, kerana itu melibatkan haknya yang boleh dituntut di mahkamah, dan pihak yang berhutang hendaklah mematuhi keputusan mahkamah. Bagaimanapun jika seseorang itu mempunyai iman yang tinggi dan kuat, lalu memaafkan orang yang berhutang itu dan menghalalkannya sebelum orang yang berhutang itu meninggal dunia, ia akan mendapat ganjaran yang besar dari Allah.

Cetusan rasa bimbang mantan Pengerusi Ikim, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid melihat amalan suka berhutang dalam masyarakat negara ini khususnya di kalangan orang Melayu.
Keadaan umat Islam semakin memilukan apabila aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini. Ia mungkin tidak pelik bagi yang tidak berkemampuan, tetapi menjadi kaedah dan teknik terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan serta mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu.

Maka lahirlah ramai individu yang mampu membuat pembayaran secara tunai tetapi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah, iaitu jika membayar secara tunai mereka akan rugi.

Ini satu fenomena kurang sihat, tapi dianggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat mengenai bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.
Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramai peminjam enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta dan syarikat mereka hingga ada yang lebih rela diisytiharkan muflis asalkan tidak perlu membayar hutang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.
Lebih buruk lagi, ada individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali.

Sebagaimana sabda Rasulullah :

Barang siapa meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun siapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah akan merugikannya.” (Riwayat Al-Bukhari)

Larangan Berhutang


Hukum Islam jelas mengenai larangan berhutang iaitu Haram berhutang untuk tujuan keburukan atau membuat perkara yang diharamkan dalam Islam seperti membeli Dadah, melanggan pelacur dan banyak lagi.

Dari Hukum Larangan berhutang di atas, kita boleh mengklasifikasikan kesemua perkara yang mengharuskan berhutang boleh menjadi haram jika Niat atau tujuannya kepada keburukan atau perkara yang haram.

Larangan Berhutang juga melihat dari mana datang sumber hutang tersebut. Jika dari Haram hasilnya/sumbernya… perbuatan Berhutang yang asalnya Harus juga boleh berubah menjadi Haram. Seperti berhutang dengan Along…. Yang rata-rata sumbernya adalah dari hasil pekerjaan maksiat (Haram).. maka berhutang ini juga haram disisi Islam.

Seimbas Lalu

UTUSAN MALAYSIA, 3/8/2006, “Ramai Melayu Muflis”
Oleh SYAHRIL A. KADIR

KUALA LUMPUR 2 Ogos – Pertambahan kes muflis melibatkan orang Melayu kini berada di tahap yang semakin membimbangkan.

Tiga tahun lalu sebanyak 51 peratus daripada 104,770 kes kebankrapan terdiri daripada orang Melayu dan jumlah tersebut didapati bertambah dari tahun ke tahun.
Terbaru, empat muka surat notis muflis yang dikeluarkan Jabatan Insolvensi Malaysia dalam Utusan Malaysia memperlihatkan 124 daripadanya adalah individu Melayu, Cina (76), India (19) dan selebihnya adalah syarikat.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S. M Mohamed Idris berkata, walaupun hutang minimum yang diperlukan untuk diisytiharkan muflis telah dinaikkan daripada RM10,000 ke RM30,000 namun kes kebankrapan di kalangan orang Melayu terus meningkat.
“Empat sebab teratas berlakunya kebankrapan adalah kegagalan membayar pinjaman sewa beli kenderaan (23 peratus), kegagalan membayar pinjaman pendidikan (16 peratus), tunggakan hutang bank (15 peratus) dan hutang kad kredit (11 peratus).

“Akibatnya terlalu ramai yang tertekan, kehilangan harta benda, reputasi, ketenangan fikiran dan kehidupan keluarga yang tidak bahagia akibat berhutang,’’ katanya pada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Katanya, sehubungan itu CAP ingin mencadangkan beberapa jalan penyelesaian agar jumlah kebankrapan tersebut tidak lagi meningkat dengan lebih ketara pada masa akan datang.

Antaranya, menurut S. M Mohamed, kerajaan perlu meningkatkan bayaran pendahuluan minimum bagi perjanjian sewa beli kepada sekurang-kurangnya 20 peratus berbanding 10 peratus ketika ini.
Tambahnya, selain itu, ketatkan proses mendapatkan kad kredit, antaranya pendapatan minimum perlu kembali kepada RM24,000 setahun dan bayaran semula bulanan perlulah tidak kurang 20 peratus daripada jumlah bil.

Ujarnya, tiada pinjaman seharusnya diberikan apabila had tertentu sudah dicapai, contohnya jika hutang pemohon sudah pun melebihi 50 peratus daripada gajinya.

“Rakyat Malaysia memang terlalu banyak meminjam terutamanya dalam perniagaan, kenderaan, rumah, saham dan sebagainya.

“Orang ramai perlu diberi lebih banyak kesedaran betapa perlunya kita semua berbelanja ikut kemampuan dan keperluan,’’ katanya.


Berhutang sepanjang hayat


“Seorang peneroka Felda Jengka 16, Pahang yang berumur lingkungan 70-an mempunyai jumlah hutang sebanyak RM91,119. Ada juga yang berhutang sehingga mencecah RM12,000. Mereka ini terpaksa berhutang sepanjang hayat,” katanya.


Selain dibebani hutang kira-kira RM1,500 setiap bulan, Mazlan berkata pihaknya juga tidak berpuas hati apabila Felda turut mengenakan ‘bunga’ sebanyak 6.25 peratus setiap bulan (tidak termasuk hutang persendirian) yang dianggap terlalu tinggi serta tidak munasabah.

“Semasa (Allahyarham) Tun Ghafar Baba menjadi Menteri Luar Bandar pada tahun 1994, beliau memberikan alasan tujuan kadar faedah dikenakan kerana Felda ada hutang dengan Bank Dunia.
“Tetapi hutang itu dah selesai pada tahun 1996, jadi kenapa masih lagi kekalkan kadar faedah tersebut,” soal beliau.

Sementara itu, seorang peneroka daripada Felda Nitar 2 di Mersing, Johor dalam pertemuan tersebut mengadu pihaknya telah mengemukakan masalah ini kepada Presiden Majlis Belia Felda Malaysia Datuk Ramli Ismail, pengurus Felda, ketua kampung serta Pengerusi Biro Ladang pada Oktober tahun lalu, namun jalan penyelesaian masih buntu.

“Menurut perbincangan serta bukti-bukti yang telah dihantar kepada pihak peguam yang dilantik, pihak kami telah membuat keputusan untuk menuntut ganti rugi kepada Felda.

“Ini adalah disebabkan kegagalan pengurus, kakitangan, ketua kampung dan Biro Ladang Felda Nitar 2 yang tidak menjalankan tugas serta tanggungjawab yang dimanahkan,” keluhnya yang sebelum ini mengaku takut untuk bersuara kerana khuatir akan dianggap sebagai peneroka ‘pengkhianat’ dan ‘tidak tahu bersyukur’.








MANTAN Presiden Indonesia, Suharto menandatangani dokumen perjanjian IMF sambil diperhatikan Pengarah Urusan IMF, Michel Camdessus di Jakarta pada 15 Januari 1998.















NAMA IMF di Malaysia hangat diperkatakan pada 1997 hingga 1998, tahun di mana banyak negara di Asia mengalami kegawatan ekonomi.

Pada masa itu, agensi kewangan berkenaan tampil untuk memberi bantuan berbilion dolar kepada negara seperti Korea Selatan, Indonesia dan Thailand dengan harapan dapat menyelesaikan masalah mereka.

Misi utamanya ialah untuk memberi bantuan kewangan kepada negara yang mengalami krisis kewangan atau penurunan nilai mata wang secara mengejut.

Bagaimanapun, Malaysia tidak berminat untuk meminjam daripada IMF kerana tidak mahu badan itu campur tangan dalam dasar-dasar ekonomi negara.

Lagipun, sejak ditubuhkan pada tahun 1945, jarang negara yang mendapat bantuan IMF mampu keluar daripada kepompong kemiskinan atau masalah yang membelenggu mereka.

Sebaliknya, status quo yang mencerminkan negara kaya bertambah kaya dan negara miskin semakin tersepit lebih jelas.
Dikuasai oleh negara-negara kaya termasuk Amerika Syarikat, Jepun, Jerman, Britain, Perancis, Itali dan Kanada, mereka dikatakan mempunyai hak dalam menguruskan dana IMF.

















Akibat Hutang Suami, Istri Disekap dan Diintimidasi

REPUBLIKA.CO.ID, JAKARTA - Seorang wanita jadi korban penculikan dan penyekapan oleh Petugas Lembaga Pemasyarakatan (Lapas) Tangerang. Diduga korban diculik akibat permasalahan hutang suaminya.

Kepala Satuan Reserse Mobil Polda Metro Jaya, Kompol Herry Heryawan mengatakan, petugas Lapas berinisial CA itu menculik korban di mall Slipi Jaya, Jakarta Barat, Kamis (16/6). Korban bernama Dwi Ning Heryanti (32), kemudian diintimidasi dan disekap di rumah pelaku.

"Pelaku spontanitas merencanakan penculikan itu," katanya di Mapolda Metro Jaya, Senin (20/6).

Menurut Herry, diduga perbuatan pelaku didasari atas permasalahan hutang. Pelaku, katanya, diduga menculik dan mengintimidasi korban untuk melunasi hutang kepada ibu pelaku senilai Rp 75 juta.

Berdasarkan keterangan korban, kata Herry, bukan dirinya yang terlilit masalah hutang tersebut. "Jadi suami korban yang berhutang," katanya.

Saat penculikan, menurut Herry, korban dipaksa pelaku masuk ke dalam mobilnya. Pelaku kemudian membawa korban berputar-putar di jalan tol sambil mengintimidasi korban untuk membayar hutangnya.

Lalu, kata Herry, pelaku sempat membawa Dwi ke Lapas Kelas I Tangerang. "Diintimidasi lagi dan diancam dimasukkan ke lapas," kata dia.

Pelaku kemudian membawa korban ke rumahnya di kawasan Cipondoh, Tangerang. Di rumah itu, kata Herry, korban diborgol dan disekap. Pada Jumat (17/6), menurut Herry, korban sempat mencoba kabur dengan meloncat dari lantai 2 rumah tersebut.

Akibatnya, korban mengalami patah tulang belakang. Akan tetapi, kata Herry, pelaku kembali berhasil menangkap korban.


Herry mengatakan, polisi mendapatkan laporan dari adik korban pada Jumat (17/6). Setelah melakukan penelusuran, kata Herry, polisi kemudian menangkap CA dan DN di rumah pelaku pada Sabtu (18/6).


DN diduga terlibat dalam dugaan penculikan dan penyekapan tersebut. Polisi kemudian menyelamatkan korban. "Saat itu, korban masih dalam keadaan diborgol," terangnya.


Kini, polisi menahan kedua pelaku di rumah tahanan Polda Metro Jaya. Sementara korban masih dalam perawatan akibat cedera yang dialaminya. Atas perbuatannya ini, kata Herry, pelaku dijerat dengan pasal 328 KUHP atas dugaan dengan sengaja merampas kemerdekaan orang lain.

Redaktur: Djibril Muhammad
Reporter: C08



KESIMPULAN 


Siti Aisyah isteri Nabi mengkhabarkan bahawa ketika Rasulullah SAW bersolat, beliau berdoa:
“Ya Allah, aku berlindung kepadamu dari azab kubur, fitnah dajjal terlaknat, dan dari fitnah hidup dan mati. Ya Allah, aku berlindung kepadamu dari dosa dan hutang.Pernah seorang sahabat bertanya pada Rasulullah, “Kenapa dengan hutang sehingga engkau harus memohon perlindungan?”, Rasulullah menjawab, “Jika seseorang mempunyai hutang, maka dia akan sering berdusta saat berbicara dan ingkar ketika berjanji.”

Diriwayatkan dari Tsaubah ra bahawasanya Nabi SAW bersabda, “Siapa yang meninggal dan terbebas dari tiga perkara, maka dia masuk syurga. Tiga perkara itu yakni dosa besar, hutang, dan dendam.” 

Dan juga diriwayatkan dari Abu Hurarirah ra, “Rasulullah SAW bersabda: Jiwa seorang mukmin terbelenggu selama dia masih memiliki tanggungan hutang.

Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu yang boleh.

Beberapa cadangan yang  disarankan untuk memastikan kita bebas dari belenggu hutang yang menjuruskan kearah perbuatan yang haram adalah seperti berikut:

1) Pengurusan Kewangan yang Baik
2) Amalan Menabung
3) Aplikasi Konsep Kesederhanaan.

Dari Ibnu Abbas ra, ada 7 petanda kebahagiaan dunia, iaitu :
1) Qalbun syakirun atau hati yang selalu bersyukur
2) Al azwaju shalihah, iaitu pasangan hidup yang soleh
3) Al auladun abrar, iaitu anak yang soleh
4) Albiatu sholihah, iaitu lingkungan yang kondusif untuk iman kita
5) Al malul halal, atau harta yang halal
6) Tafakur fi dien, atau semangat untuk memahami agama

7) Umur yang barakah - ertinya umur yang semakin tua semakin soleh, yang setiap detiknya diisi dengan amal ibadah.


Biarpun Islam Mengharuskan Berhutang, tetapi perbuatan ini bukanlah sesuatu yang boleh dilakukan sewenang-wenangnya. Sesungguhnya ia lebih membawa keburukan dari kebaikan. Bijak pandai pernah berkata ‘Kerana Hutang Kawan menjadi Lawan’.

Marilah kita amalkan pepatah lama ‘Mengukur Baju Biarlah Di Badan Sendiri’, dan sentiasa hidup dengan cara yang dianjurkan Islam iaitu Keserdehanaan. Insyallah.
Semua keburukan adalah dari kita dan kebaikan adalah dari Allah SWT jua.